BSN Gold MasterCard Credit Card-i (Kad Kredit Islamik)

Aku tahu kau tengah dalam proses nak compare kad kredit BSN Gold MasterCard Credit Card-i. Nak tahu juga, apa kelebihan berbanding credit card lain kan?

Untuk kau, aku dah sediakan semua maklumat tentang kad kredit ini. Lepas ini, tak payah dah nak tanya “Credit card ni bagus ke? Yang tu ok tak?”

Berapa limit kad kredit Islamik BSN Gold MasterCard Credit Card-i?

Kami belum mempunyai maklumat berkenaan limit kad ini.

Akan dikemaskini sejurus menerima maklumat.

 

Berapa gaji minimum boleh mohon?

Gaji minimum yang dikenakan bagi membolehkan anda memohon kad kredit Islamik ini ialah RM3,000.

 

Berapa interest rate

Kadar faedah yang dikenakan untuk kad kredit ini ialah 13.5% setiap tahun (per annum).

 

Berapa bayaran minimum sebulan?

Bayaran minimum yang dikenakan adalah RM50 atau 5% daripada yuran tertunggak, iaitu mana-mana dengan nilai yang lebih tinggi.

 

Apa syarat & kelayakan untuk apply?

Syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membolehkan anda memohon kad kredit Islamik ini adalah seperti berikut:

  • Gaji minimum: RM36,000 setahun
  • Umur: 21 untuk kad utama
  • Umur: 18 tahun untuk kad tambahan
  • Warganegara Malaysia sahaja

 

Apa dokumen yang diperlukan?

Dokumen yang diperlukan untuk memohon kad kredit ini adalah seperti berikut:

Kakitangan kerajaan:

  • Salinan IC (bahagian depan dan belakang)
  • 1 bulan penyata gaji terkini ATAU
  • Surat pengesahan jawatan (Untuk kakitangan Askar dan Polis, sila lampirkan salinan kad kuasa)

Pekerja swasta:

  • Salinan IC (bahagian depan dan belakang)
  • 3 bulan penyata gaji terkini /penyata KWSP terkini/Borang EA/ Borang BE

Bekerja Sendiri:

  • Salinan IC (bahagian depan dan belakang)
  • 6 bulan terkini penyata bank syarikat
  • Borang B terkini dengan resit cukai rasmi untuk 2 tahun terkini
  • Salinan Borang 9, 24, & 49 ATAU
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan

Penerima Komisen:

  • Salinan IC (bahagian depan dan belakang)
  • 6 bulan terkini penyata komisen/ Penyata komisen tahunan ATAU
  • EA/ Borang BE dengan resit cukai rasmi

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian berkenaan kad kredit BSN Gold MasterCard Credit Card-i ini akan memudahkan urusan permohonan credit card kau.

Kau kena ingat, keburukan kad kredit tetap ada. Walaupun ada banyak kebaikan, sentiasalah berjaga-jaga dalam berbelanja.

Pandai-pandailah menguruskan kewangan sendiri.

Jangan sampai berhutang.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Rujukan: https://www.bsn.com.my/page/islamic-card-index

Leave a Comment