Cara Buat Bajet Bulanan Keluarga (Dengan Contoh)

Bajet bulanan keluarga adalah satu perkara yang sangat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Bagi yang baru berkahwin atau baru mendapat anak, beban kewangan akan menjadi lebih terasa kerana lebih banyak perkara yang perlu dibayar

Bagi membantu anda menguruskan wang mereka dengan lebih baik, kami akan kongsikan beberapa perkara penting berkenaan rancangan kewangan bulanan berserta contoh.

Kenapa Bajet Penting?

Bajet bulanan membolehkan anda mengenal pasti dan merekodkan sumber pendapatan anda, seperti gaji dan apa-apa kerja sampingan yang lain.

Ia juga dapat memperincikan perbelanjaan dan komitmen bulanan anda, seperti sewa rumah, bil elektrik, bil air dan bil Internet . Dengan mengetahui pendapatan dan perbelanjaan bulanan, anda dapat menentukan sama ada anda mempunyai duit lebih atau tidak pada bulan tersebut.

Bajet bulanan juga membolehkan anda merancang belanjawan mereka dengan lebih baik. Anda dapat menetapkan sasaran kewangan, seperti menyimpan wang bercuti, untuk membeli kereta baru mahupun membeli rumah baru.

Bajet bulanan juga dapat membantu anda memantau perbelanjaan mereka secara berkala dengan memastikan anda tidak berbelanja melebihi apa yang anda ada.

 

Cara Buat Bajet Bulanan Keluarga

Untuk membuat bajet bulanan, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Anda boleh mulakan dengan menyenaraikan semua sumber pendapatan anda, seperti gaji anda dan pasangan (jika dua-dua bekerja), bonus dan sebarang sumber pendapatan lain.
  2. Seterusnya, buat senarai semua perbelanjaan anda, termasuk perbelanjaan tetap seperti bayaran sewa atau pinjaman rumah, bayaran balik PTPTN, komitmen pembayaran balik pinjaman peribadi, serta perbelanjaan yang tidak tetap seperti barangan dapur dan hiburan.
  3. Setelah anda mempunyai senarai lengkap pendapatan dan perbelanjaan bulanan, tolak perbelanjaan anda dari pendapatan untuk menentukan baki samada positif atau negatif.
  4. Jika positif, iaitu anda mempunyai duit lebih pada akhir bulan, kami sarankan anda simpan sebahagian dari wang tersebut di ASB atau Tabung Haji kerana proses untuk keluarkan agak susah.
  5. Jika negatif, iaitu anda tidak mempunyai duit lebih pada akhir bulan, anda perlu semak semula perbelanjaan dan buat penyesuaian kepada bajet anda untuk mengurangkan perbelanjaan atau meningkatkan pendapatan.
  6. Pastikan anda semak bajet anda secara kerap untuk memastikan anda dalam situasi kewangan yang stabil.
  7. Jika perlu, buat kerja lebih masa atau cari kerja part-time untuk menambah lagi pendapatan sedia ada

Buatlah bajet bulanan keluarga untuk masa depan yang lebih baik.

 

Contoh Bajet Bulanan Keluarga

Ini adalah contoh bajet bulanan keluarga untuk keluarga dengan dua orang ibu bapa dan dua orang kanak-kanak berumur 5 dan 7 tahun:

Pendapatan:

  • Gaji bapa: RM 3,000
  • Gaji ibu: RM 2,500
  • Jumlah pendapatan: RM 5,500

Perbelanjaan:

  • Sewa rumah: RM 1,500
  • Barangan dapur: RM 500
  • Bil api: RM 100
  • Bila air: RM 50
  • Bil Internet: RM 50
  • Duit minyak: RM 200
  • Hiburan: RM 100
  • Pakaian: RM 100
  • Simpanan: RM 500
  • Daycare anak: RM 400
  • Insurans pendidikan anak: RM 400

Jumlah perbelanjaan: RM 3,900

Duit lebih: RM 1,600

Dalam contoh ini, keluarga ini mempunyai duit lebih bulanan sebanyak RM 1,700.

Mereka mungkin memilih untuk menggunakan sebahagian dari wang ini untuk menambah simpanan atau membuat pelaburan di dalam ASB ataupun Tabung Haji.

Mereka juga boleh menggunakan duit lebih ini untuk selesaikan hutang PTPTN yang masih belum habis dibayar atau reward untuk diri sendiri.

Kami tidak sediakan template yang khas dalam format Excel kerana keperluan setiap keluarga adalah berbeza-beza.

Kami sarankan untuk buat bajet bulanan dalam format Microsoft Excel sendiri untuk memantau duit keluar masuk dengan lebih mudah.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, menyediakan bajet bulanan keluarga adalah satu langkah penting bagi anda untuk mencapai apa sahaja yang diingini.

Mula-mula, memang susah kerana gaji tidak berapa besar. Lama-lama, akan menjadi mudah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment