Cara Print Statement Maybank Online (maybank2u.com.my)

Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement Maybank kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

Cara Print Statement Maybank Online

Untuk dapatkan penyata Maybank, kau perlu ada Internet Banking Maybank. Kalau tidak, memang tak boleh masuk.

Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan Print Statement Maybank.

  1. Layari laman web rasmi Maybank di sini: https://maybank2u.com.my
  2. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet Maybank
  3. Login maybank2u.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan gambar dan frasa Security Phrase seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan Login
  8. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard Maybank2u
  9. Pilih menu e-Bills & Statement untuk melihat penyata akaun Maybank kau
  10. Klik menu View untuk melihat dengan lebih terperinci
  11. Boleh pilih untuk lihat penyata bagi 1-3 bulan
  12. Pilih sama ada Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 90 Days
  13. Tekan simbol Save untuk download statement Maybank
  14. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  15. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
  16. Tekan butang Print
  17. Selesai

Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Maybank kau yang tak berapa banyak itu.

 

Boleh Download Statement Maybank2u untuk 6 bulan atau Setahun?

Ya, boleh.

Seperti panduan yag dikongsikan di atas, kau memang boleh dapatkan untuk 30 hari, 60 hari atau 90 hari.

Tapi kalau untuk 6 bulan, aku cadangkan kau download monthly statement untuk sebulan-sebulan.

Contohnya, kalau kau perlukan penyata Maybank untuk bulan Januari hingga Jun 2023, kau muat turun bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei dan Jun setiap satu.

Untuk penyata tahunan Maybank pula, aku juga cadangkan kau muat turun setiap bulan.

Nak baca pun senang, tak panjang sangat.

Kalau tak, butang mata kau nak tengok transaction history Maybank kau nanti.

 

Ada Cara Print Mini Statement Maybank di ATM?

Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Maybank melalui ATM.

Selalunya, ia dipanggil penyata mini Maybank.

Walau bagaimanapun, tak semua bank ada fungsi ini.

Oleh sebab aku ada akaun Maybank, memang confirm boleh print mini statement.

Ini cuma panduan asas untuk dapatkan penyata Maybank untuk kau.

Ikuti panduan mudah ini:

  1. Masukkan kad ATM Maybank kau
  2. Pilih bahasa
  3. Untuk mudah faham, pilih Bahasa Melayu
  4. Masukkan PIN
  5. Pilih Lain- lain Urusniaga
  6. Pilih Lain- lain Perkhidmatan
  7. Pilih Penyata Ringkas
  8. Tunggu sebentar
  9. Penyata ringkas akan dicetak keluar
  10. Selesai

 

Boleh Download Penyata Maybank Guna App M2U dan MAE?

Ya, memang boleh.

Cuma aku tak rajin nak tulis guide Maybank ini sebab caranya agak renyah.

Kena download apps Maybank, login, klik sana, klik sini.

Leceh.

Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Maybank guna apps iPhone dan Android.

Sangat sesuai untuk orang yang celik IT dan memang dah sedia ada aplikasi Maybank.

Ingat, Maybank ada dua app iaitu M2U yang biasa dan juga MAE.

Maybank2u MY

  • Bagi aplikasi Maybank2u untuk iPhone, sila muat turun daripada Apple App Store
  • Bagi aplikasi Maybank2u untuk Android, sila muat turun daripada Google Play

 

MAE by Maybank

  • Bagi aplikasi MAE untuk iPhone, sila muat turun daripada Apple App Store
  • Bagi aplikasi MAE untuk Android, sila muat turun daripada Google Play

Aku cadangkan kau guna MAE sebab lebih user friendly.

Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Interface MAE pun lebih cantik.

 

Kenapa Perlu Print Statement Maybank Terkini?

Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Maybank.

Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Maybank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Maybank.

Untuk peniaga, boleh download statement melalui M2UBiz. Kalau perlu, boleh buat pinjaman perniagaan Maybank juga.

Ini kerana bank-bank seperti Maybank perlu mengesahkan pendapatan kau.

Takkan Maybank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

Ini penting bagi Maybank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

Untuk penyata mini Maybank melalui ATM pula, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi Maybank terkini.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Maybank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Aku doakan agar apa-apa sahaja permohonan kau dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment