Cara Print Statement Alliance Bank Online (allianceonline.com.my)

Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement Alliance Bank kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

Cara Print Statement Alliance Bank Online

Untuk dapatkan penyata Alliance Bank, kau perlu ada Internet Banking Alliance Bank. Kalau tidak, memang tak boleh masuk langsung. Sila daftar kalau masih lagi belum daftar.

Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan Print Statement Alliance Bank:

  1. Layari laman web rasmi Alliance Bank di sini: https://www.allianceonline.com.my
  2. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet Alliance Bank
  3. Login allianceonline.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan Security Phrase seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard Alliance Online
  9. Pilih akaun kau
  10. Klik e-Statement
  11. Pilih Statement Period by “Month/Year”
  12. Download statement Alliance Bank yang dikehendaki
  13. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  14. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
  15. Tekan butang Print
  16. Selesai

Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Alliance Bank kau yang tak berapa banyak itu.

 

Ada Cara Print Statement Alliance Bank di ATM?

Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Alliance Bank melalui ATM.

Selalunya, ia dipanggil penyata mini Alliance Bank.

Memandangkan aku tak ada akaun Alliance Bank, aku tak dapat tunjuk panduan secara terperinci.

Aku hanya boleh berikan panduan umum sahaja.

Kau boleh cuba langkah-langkah ini:

  1. Masukkan kad ATM Alliance Bank kau
  2. Pilih bahasa
  3. Untuk mudah faham, pilih Bahasa Melayu
  4. Masukkan PIN
  5. Cuba cari fungsi Penyata Ringkas
  6. Pilih menu Penyata Ringkas tadi
  7. Tunggu sebentar
  8. Penyata ringkas akan dicetak keluar
  9. Selesai

 

Boleh Download Penyata Alliance Bank Guna Apps?

Ya, memang boleh.

Cuma aku tak rajin nak tulis guide Alliance Bank ini sebab caranya agak renyah.

Kena download apps Alliance Bank, login, klik sana, klik sini.

Leceh.

Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Alliance Bank guna apps iPhone dan Android sendiri.

Sesuai untuk orang yang dah memang sedia install aplikasi Alliance Bank dan selalu gunakannya untuk membuat transaksi seperti pindahan, bayaran bil dan lain-lain.

  • Untuk iPhone, sila download aplikasi allianceonline mobile melalui Apple App Store
  • Untuk Android, sila download aplikasi allianceonline mobile melalui Google Play

 

Kenapa Perlu Print Statement Alliance Bank Terkini?

Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Alliance Bank.

Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Alliance Bank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Alliance Bank.

Ini kerana bank-bank seperti Alliance Bank perlu mengesahkan pendapatan kau. Ini terpakai kalau kau memang nak buat loan di sini.

Takkan Alliance Bank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

Ini penting bagi Alliance Bank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

Untuk penyata mini Alliance Bank melalui ATM pula, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi Alliance Bank terkini.

Kau pun boleh simpan juga.

Percuma sahaja.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Alliance Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Kalau baki duit dalam akaun Alliance Bank kau masih banyak, jimat-jimatlah berbelanja.

Jangan boros sangat.

Ingat masa depan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment