Cara Print Statement Agrobank Online (agronet.com.my)

Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak dapatkan bank statement Agrobank kan? Apa pun tujuan kau, lepas siap download, mesti nak kena print statement Agrobank juga kan?

Kalau dah Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa, mari sini aku bantu.

Cara Print Statement Agrobank Online

Untuk dapatkan penyata Agrobank, kau perlu ada Internet Banking Agrobank. Kalau tidak, memang tak boleh masuk. Sila daftar dahulu Agronet untuk memudahkan lagi urusan kau.

Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan Print Statement Agrobank:

  1. Layari laman web rasmi Agrobank di sini: https://www.agronet.com.my
  2. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet Agrobank
  3. Login agronet.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan Security Image seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Submit
  8. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard Agrobank online
  9. Klik Accounts and Banking
  10. Klik Deposit Accounts
  11. Pilih akaun yang kau mahukan dapatkan penyata bank
  12. Pilih e-Statement
  13. Pilih tempoh melalui Statement Period
  14. Download statement Agrobank yang dikehendaki
  15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  16. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
  17. Tekan butang Print
  18. Selesai

Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Agrobank kau yang tak berapa banyak itu.

 

Ada Cara Print Mini Statement Agrobank di ATM?

Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Agrobank melalui ATM.

Selalunya, ia dipanggil penyata mini Agrobank.

Walau bagaimanapun, jujur aku cakap, aku memang tak ada akaun Agrobank.

Jadi, aku tak boleh nak tunjuk cara-cara untuk cetak penyata mini ini secara terperinci.

Aku cuma dapat berikan panduan umum sahaja.

Ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Masukkan kad ATM Agrobank kau
  2. Pilih bahasa
  3. Untuk mudah faham, pilih Bahasa Melayu
  4. Masukkan PIN
  5. Cuba cari menu Penyata Ringkas
  6. Kalau kau pilih English tadi, kau boleh cari menu Mini Statement
  7. Pilih Penyata Ringkas atau Mini Statement tersebut
  8. Tunggu sebentar
  9. Penyata ringkas akan dicetak keluar
  10. Selesai

 

Boleh Download Penyata Guna App AGRONet Mobile?

Ya, memang boleh.

Cuma aku tak rajin nak tulis guide Agrobank ini sebab caranya agak renyah.

Kena download apps Agrobank, login, klik sana, klik sini.

Leceh.

Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Agrobank guna apps iPhone dan Android.

Cara ini tak sesuai untuk orang-orang veteran yang buta IT.

Sangat sesuai untuk orang-orang yang dah memang siap-siap install app Agrobank.

 

Kenapa Perlu Print Statement Agrobank Terkini?

Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Agrobank.

Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Agrobank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Agrobank.

Ini kerana bank-bank seperti Agrobank perlu mengesahkan pendapatan kau.

Takkan Agrobank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

Ini penting bagi Agrobank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

Untuk penyata mini Agrobank melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi Agrobank terkini.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Agrobank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Aku doakan agar segala permohonan yang bakal kau buat dipermudahkan dan diluluskan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment