Pinjaman RM500 Segera Online (Duit Terus Masuk Akaun Bank)

Kepada anda yang sedang mencari-cari bank yang memberikan pinjaman duit segera dan ingin membuat pinjaman wang untuk segala keperluan anda, jangan risau. Ini kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda senarai bank dan institusi yang menawarkan servis pinjaman segera dan juga menerangkan sejelas yang mungkin tentang tajuk pada hari ini iaitu cara membuat pinjaman RM500 segera tanpa dokumen.

Izinkan kami berkongsi pihak yang menawarkan pinjaman tanpa dokumen.

Pinjaman RM500 segera online

Kami cadangkan AEON kerana kaedah pinjaman AEON melalui aeoncredit.com.my adalah lebih mudah berbanding dengan Maybank dan CIMB Bank.

Ayuh kita teliti dan fahami syarat-syarat untuk membuat pinjaman RM500 segera tanpa dokumen daripada AEON.

1. Sedikit sebanyak tentang AEON Credit

AEON Credit Services adalah subordinat AEON Financial Service. Mereka merupakan sebuah syarikat multinasional yang muncul sebagai salah satu nama yang paling dipercayai di Malaysia sejak tahun 1997.

Perkhidmatan Kredit AEON mula beroperasi pada tahun 1997. Visi AEON adalah untuk membolehkan individu untuk memaksimumkan setiap peluang melalui penggunaan kredit yang berkesan.

Kami juga akan kongsikan tentang pinjaman mudah tanpa slip gaji AEON Credit.

 

2. Syarat-syarat kelayakan untuk membuat pinjaman RM500 segera

  1. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas.
  2. Merupakan seorang warganegara Malaysia.
  3. Mempunyai Kad Pengenalan yang sah.
  4. Pendapatan sebulan sekurang-kurangnya RM800.
  5. Jumlah pinjaman yang ingin dipohon adalah dalam lingkungan RM1,000 – RM100,000.

 

3. Pinjaman tanpa slip gaji AEON

Untuk personal loan AEON, terdapat jadual untuk jumlah pinjaman yang boleh anda buat, kemudian untuk proses pinjaman peribadi tanpa gaji biasanya mengambil masa kira-kira 3 hari.

Jika dokumen dan rekod peribadi anda baik, prosesnya biasanya lebih mudah.

 

4. Caj kalau bayar pinjaman lewat pinjaman segera RM500

  • Pembayaran dibuat selepas bulan ke-18 sebelum akhir bulan: RM40.00
  • Bonus tambahan untuk setiap bulan berikutnya jika akaun timbul tunggakan dari bulan sebelumnya: RM23.00

Untuk pembayaran, kami cadangkan anda bayar menggunakan perbankan online dan bayar 2 hari sebelum tarikh tamat.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan pinjaman RM500 segera tanpa dokumen ini dapat memudahkan urusan anda dan mendapat bantuan duit segera yang diingini.

Untuk makluman, berdasarkan carian dan penelitian kami, tidak banyak syarikat yang menawarkan pinjaman 500 segera online. Kebanyakannya perlu bersemuka. Kalau anda selalu berkecimpung dengan VIP dan kenal mana-mana orang berpangkat Datuk, boleh cuba pinjam duit dengan Datin juga. Manalah tahu mereka berbesar hati mahu membantu.

Yang penting, jika anda perlu bantuan kewangan segera sekalipun, jangan pernah buat pinjaman along. Bimbang buruk padahnya.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Pinjaman RM500 Segera Online (Duit Terus Masuk Akaun Bank)”

Leave a Comment