Pinjaman Peribadi KFH Bank 2023 (Personal Financing-i)

KFH adalah singkatan kepada Kuwait Finance House yang menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan, kewangan dan banyak lagi di Malaysia kepada para pelanggannya. Untuk pengetahuan anda, pinjaman peribadi KFH Bank turut disediakan buat anda yang nak buat personal loan.

Sekiranya anda dah cuba membuat permohonan pinjaman peribadi di bank-bank atau institusi kewangan yang lain tetapi tidak diluluskan, maka anda boleh cuba mohon di KFH Bank. Di sini kami akan memberikan beberapa maklumat yang diperlukan mengenai pinjaman peribadi KFH Bank.

Jadi, anda tidak perlu pening-pening nak fikir apakah syarat, kelayakan dan seumpamanya yang ditetapkan kerana kami dah sediakan untuk anda melalui artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi KFH Bank

Berikut adalah penerangan berkenaan produk-produk pinjaman yang ditawarkan oleh KFH Bank.

Kalau nampak terlalu panjang dan susah nak hadam, boleh baca mengikut kategori:

 

KFH Murabahah Personal Financing-i Generic

Adakah anda mengimpikan majlis perkahwinan yang indah? Atau anda perlukan dana untuk memulakan sesuatu yang anda inginkan? Jika ya. Pelan pinjaman peribadi KFH Bank adalah satu pilihan yang tidak mustahil mampu merealisasikan segalanya. Lagipun, produk pinjaman ini tidak memerlukan sebarang jaminan atau cagaran untuk melengkapkan permohonan.

Pinjaman ini menggunakan konsep syariah Murabahah Tawarruq yang menyediakan jumlah pinjaman minimum RM5,000 sehingga maksimum RM150,000. Melalui pinjaman ini, anda akan diberikan tempoh pinjaman dari 2 tahun sehingga 8 tahun dengan kadar keuntungan kompetitif iaitu serendah 6.88% setahun.

Di samping itu, anda tidak akan dikenakan sebarang denda jika menyelesaikan baki pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dijanjikan. Antara sektor yang layak memohon pinjaman ini adalah kakitangan di sektor swasta, GLC dan mereka yang bekerja sendiri.

Walau bagaimanapun, setiap kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh KFH Bank.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 6.88% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 8 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor swasta
  • GLC

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Penduduk di Malaysia.
  • Individu berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan kasar bulanan sekurang-kurangnya RM3,000.
  • Pekerja tetap.

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui dengan lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Penduduk di Malaysia.
  • Individu berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan kasar bulanan sekurang-kurangnya RM3,000.
  • Pekerja tetap.
  • Berkhidmat di mana-mana syarikat GLC terpilih, sektor swasta atau bekerja sendiri.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata EPF 3 bulan terkini.
  • Penyata gaji 2 bulan terkini bagi pelanggan sedia ada.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi KFH Murabahah Personal Financing-i Generic?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini menggunakan kaedah pembayaran mudah melalui GIRO antara bank (IBG) atau pindahan dana antara bank (IBFT).

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi KFH Bank ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pelan pinjaman ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan mengunjungi mana-mana cawangan KFH Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh mohon secara online melalui laman web rasmi KFH Bank atau hubungi talian khidmat pelanggan mereka untuk maklumat lanjut berhubung produk pinjaman ini.

 

Akhir kata

Sekian sahaja informasi mengenai pinjaman peribadi KFH Bank ini yang dapat kami kongsikan kepada anda. Diharapkan maklumat yang telah kami nyatakan ini mampu membantu menguruskan keperluan kewangan peribadi anda.

Selain daripada pinjaman peribadi dari KFH Bank ini. Anda juga boleh mohon pinjaman peribadi Bank Islam jika anda tidak layak memohon pinjaman ini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment