Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank 2023 (Lulus 48 Jam)

Terdapat pelbagai jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan di Malaysia. Salah satu pinjaman yang ada adalah pinjaman peribadi Hong Leong Bank. Mungkin masih ramai yang tidak pernah mencuba untuk memohon pinjaman peribadi dari bank ini.

Namun, pinjaman peribadi yang disediakan oleh Hong Leong Bank mempunyai beberapa jenis pelan pinjaman yang menarik dan mungkin juga menepati keperluan anda. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi Hong Leong Bank. Mari ketahuinya melalui penulisan ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Hong Leong Bank

Berikut merupakan jenis-jenis pelan pinjaman yang ada.

1. Pinjaman peribadi Hong Leong Personal Financing-i

Pelan pinjaman ini adalah berkonsepkan Tawarruq dan berlandaskan syariah. Selain itu, pinjaman ini adalah tidak perlu menyediakan penjamin dan tiada cagaran yang diperlukan. Tambahan lagi, anda akan menerima pulangan tunai 20% bagi keuntungan.

Melalui pinjaman ini, anda boleh menerima pinjaman minimum RM5,000 sehingga maksimum RM15,000 dengan tempoh pinjaman bermula 2 tahun sehingga 5 tahun. Kadar keuntungan pula ialah di antara 9.00% sehingga 12.50% setahun. Untuk pengetahuan anda, kelulusan pinjaman ini boleh diproses dalam masa hanya 48 jam selepas tempoh permohonan anda.

Walau bagaimanapun, pinjaman ini hanya terbuka kepada kakitangan yang bekerja di sektor swasta dan bekerja sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 Di antara 9.00% hingga 12.50%

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM5,000 hingga maksimum RM15,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor swasta
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum umur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM2,000

Tempoh kelulusan

48 jam

 

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 21 tahun sehingga 60 tahun.
  • Menerima pendapatan minimum RM2,000 sebulan.
  • Menerima pendapatan minimum RM24,000 setahun (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa jenis dokumen yang perlu disediakan. Antaranya seperti:

  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan).
  • Penyata KWSP 6 bulan terkini.
  • Penyata bank atau buku simpanan bank 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata komisen 6 bulan terkini.
  • Akaun syarikat yang telah diaudit 3 tahun terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Personal Financing-i?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Sila rujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank ini?

Jika anda layak dan ingin membuat permohonan pinjaman peribadi ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh mohon secara online melalui laman web rasmi Hong Leong Bank.

 

2. Pinjaman peribadi Heong Leong Bank (Personal Loan)

Jika anda memerlukan pelan pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM130 dan tanpa perlu menyediakan cagaran dan penjamin. Anda boleh memohon pelan pinjaman peribadi Hong Leong Bank ini. Melalui pinjaman ini, anda boleh menerima jumlah pinjaman bermula RM5,000 sehingga mencecah RM250,000.

Selain itu, anda juga boleh menikmati tempoh pinjaman yang fleksibel iaitu sekitar 2 tahun sehingga 5 tahun dengan kadar faedah di antara 9.00% sehingga 12.50% setahun. Antara golongan yang layak memohon pelan ini adalah kakitangan yang bekerja di sektor swasta, sektor kerajaan, GLC, pesara atau bekerja sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah Di antara 9.00% hingga 12.50% setahun
Tempoh pinjaman Bermula 2 tahun hingga 5 tahun
Jumlah pinjaman Minimum RM5,000 hingga maksimum RM250,000
Sektor pekerjaan
  • Sektor swasta
  • Sektor kerajaan
  • Kakitangan GLC
  • Pesara
  • Bekerja sendiri
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM2,000
Tempoh kelulusan 2 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang diperlukan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 21 tahun sehingga 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM2,000.
  • Menerima pendapatan tahunan minimum RM24,000.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan penyata KWSP terkini.
  • Dokumen atau borang berkaitan cukai (jika berkaitan).
  • Penyata pembayaran pencen pesara terkini (jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).
  • Salinan penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Hong Leong Bank?

Mengenai pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini bagi memudahkan anda membuat bayaran balik.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman ini dengan beberapa langkah mudah iaitu dengan hadir di mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda atau mohon secara online melalui laman web rasmi Hong Leong Bank.

Selain itu, anda juga boleh terus menggunakan kaedah permohonan melalui perbankan internet.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, ini sahaja maklumat mengenai pinjaman peribadi Hong Leong Bank yang dapat kami kongsikan kepada anda. Sekiranya anda perlukan maklumat yang lebih banyak. Anda boleh terus melayari laman sesawang Hong Leong Bank atau hubungi talian khidmat pelanggan mereka.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan faedah dan membantu melancarkan urusan anda di dalam apa jua keadaan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment