Pinjaman Mikro Bank Rakyat 2023 (Amalkan Konsep Tawarruq)

Sejajar dengan arus pembangunan ekonomi yang kini kian pulih, usahawan Perusahaan Mikro masih boleh terus berkembang maju dengan adanya pinjaman mikro Bank Rakyat.

Sekiranya anda adalah usahawan mikro yang ingin tahu lebih lagi mengenai pembiayaan ini. Maka anda telah sampai di tempat yang betul. Melalui artikel ini, kami akan mendedahkan beberapa perkara tentang pinjaman mikro daripada Bank Rakyat yang anda perlu tahu sebelum mengemukakan permohonan.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman mikro Bank Rakyat

Berikut merupakan jenis pembiayaan mikro yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.

1. Pembiayaan Mikro-i MUsK

Produk pembiayaan ini adalah direka khas sebagai dana dengan tujuan untuk membantu para peniaga atau peniaga kecil untuk lebih maju dan berdaya saing melalui perniagaan masing-masing. Ia dijalankan berlandaskan prinsip syariah iaitu Tawarruq dan tidak memerlukan sebarang penjamin.

Namun begitu, anda perlu membentuk Kumpulan Bantu Diri (KBD) yang terdiri daripada 5 hingga 10 orang ahli. Seterusnya, melalui pinjaman ini anda boleh memohon pembiayaan berjumlah minimum RM1,000 sehingga maksimum RM50,000. Tempoh bayaran balik pinjaman pula adalah sehingga 5 tahun.

Di samping itu, caj kadar keuntungan akan dikenakan sebanyak 12.56% pada kadar rata. Anda juga akan dilindungi di bawah Pelan Perlindungan Takaful Berkelompok (GTT) dan Khairat Kematian secara percuma.

Untuk pengetahuan anda, pembiayaan ini akan terus disalurkan kepada anggota koperasi atau mana-mana persatuan untuk penjaja dan peniaga kecil yang berkaitan tanpa ada pihak ketiga.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Mikro-i MUsK melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

12.56%

Tempoh pinjaman

Sehingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM1,000 sehingga maksimum RM50,000

Sektor pekerjaan

Perusahaan Mikro:

  • Pengilangan
  • Perkhidmatan
  • Lain-lain – pertanian primer, pembinaan, perlombongan dan kuari

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Menjalankan Mikro Enterpise
  • Anggota koperasi atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Tempoh kelulusan

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro Bank Rakyat ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Menjalankan Mikro Enterpise.
  • Anggota koperasi atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.
  • Pemilik tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
  • Menetap di kawasan operasi perniagaan.
  • Membentuk Kumpulan Bantu Diri (KBD) dengan 5 hingga 10 orang ahli.
  • Ahli-ahli KBD yang mempunyai rekod pembiayaan yang baik (tunggakan tidak melebihi 4 minggu).

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Mikro-i MUsK?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pembiayaan melalui kaedah seperti potongan daripada akaun simpanan atau bayar di mesin ATM atau CDM.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro Bank Rakyat ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini bagi perusahaan anda. Anda boleh mohon secara manual dengan melawati mana-mana cawangan Bank Rakyat berdekatan anda.

Selain itu, anda juga boleh mohon secara online melalui laman web Bank Rakyat. Untuk sebarang panduan lanjut tentang produk ini, sila rujuk halaman di sini bankrakyat.com.my.

 

2. Pinjaman mikro Bank Rakyat (Micro Enterprise Fund “MEF”)

Produk ini menawarkan kemudahan pinjaman untuk membantu usahawan mikro mengembangkan lagi perniagaan mereka. Konsep syariah yang dipakai adalah Tawarruq dengan pembiayaan diberi terus kepada anggota koperasi atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.

Selain itu, produk ini adalah tidak bercagar dan tidak memerlukan sebarang penjamin dengan menyediakan perlindungan takaful secara percuma. Seterusnya, anda boleh memohon pembiayaan dari RM1,000 sehingga mencecah RM50,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5 tahun. Caj kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah sebanyak 8.25% pada kadar rata setahun.

Walau bagaimanapun, pembiayaan ini perlu mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Sila ketahui secara ringkas mengenai Micro Enterprise Fund “MEF” melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

8.25% setahun

Tempoh pinjaman

Sehingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Dari RM1,000 sehingga RM50,000

Sektor pekerjaan

Perusahaan Mikro:

  • Pengilangan
  • Perkhidmatan
  • Lain-lain – pertanian primer, pembinaan, perlombongan dan kuari

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Menjalankan Mikro Enterprise
  • Perlu menyertai Kumpulan Bantu Diri (KBD) dengan 5 hingga 10 orang ahli

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Tempoh kelulusan

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Menjalankan Mikro Enterprise.
  • Perlu menyertai Kumpulan Bantu Diri (KBD) dengan 5 hingga 10 orang ahli.
  • Anggota koperasi atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.
  • Pemilik tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad.
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Menetap dalam kawasan operasi perniagaan.
  • Ahli-ahli KBD mempunyai rekod pembiayaan yang baik (tunggakan tidak melebihi 4 minggu).

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Micro Enterprise Fund “MEF”?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pembiayaan melalui kaedah seperti potongan daripada akaun simpanan atau bayar di mesin ATM atau CDM berhampiran anda.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro Bank Rakyat ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini untuk perniagaan mikro anda. Anda boleh terus mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat berdekatan anda.

Di samping itu, anda boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Rakyat. Untuk sebarang panduan lanjut mengenai produk ini, sila rujuk halaman di sini bankrakyat.com.my.

 

Akhir kata

Sampai di sini sahaja maklumat mengenai pinjaman mikro Bank Rakyat yang dapat kami berikan kepada anda.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu lebih banyak lagi usahawan dari Perusahan Mikro untuk terus berjaya walaupun hanya dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment