Pelaburan Emas Patuh Syariah di Malaysia (Melabur di Islamic Bank)

Selain pelbagai bentuk pelaburan seperti hartanah, unit amanah dan sebagainya, pelaburan emas juga merupakan salah satu daripada pilihan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Bukan itu sahaja, pelaburan emas semakin mendapat perhatian memandangkan kadar risikonya yang lebih rendah berbanding beberapa bentuk pelaburan lain. Selain itu, situasi hari ini berbeza dengan dulu, untuk melabur emas dulu dianggap sebagai sesuatu yang sangat mahal. Hanya golongan berada sahaja yang mampu. Jadi, pada hari ini kami akan membahaskan tentang pelaburan emas patuh syariah di Malaysia.

Pelaburan emas patuh syariah di Malaysia

Isu ini semakin hebat dibincangkan apabila muncul skim-skim pelaburan emas yang disifatkan sebagai scam atau penipuan. Ini wajar dijauhi oleh orang ramai.

Secara umumnya, ada beberapa bank dan institusi kewangan menawarkan perkhidmatan pelaburan emas dan kebiasaannya perkhidmatan tersebut adalah patuh syariah.

Untuk mengupas soal hukum pelaburan emas ini, beberapa perkara perlu dilihat secara mendalam. Kerana jika tidak diteliti dengan betul sebelum membuka akaun pelaburan di bank atau institusi kewangan, dikhuatiri beberapa proses yang tidak patuh syariah digunakan sehingga boleh menyebabkan jatuh hukum haram.

 

1. Memastikan bank yang menawarkan perkhidmatan pelaburan itu mempunyai emas yang mencukupi

Yang pertamanya ialah sebelum membuka akaun pelaburan emas, seseorang itu perlu memastikan bank yang menawarkan perkhidmatan pelaburan itu mempunyai emas yang mencukupi.

Senarionya ialah apabila seseorang itu ingin membuka akaun pelaburan emas di bank tetapi hakikatnya tiada emas di bank tersebut, malah bank itu membeli daripada pihak ketiga menggunakan transaksi berasingan. Ini secara terang-terangan jatuh hukum haram kerana pihak bank menjual emas yang tidak ada dalam simpanan mereka.

 

2. Pastikan ada bukti pembelian yang telah dimeterai

Yang kedua ialah seseorang itu telah membayar sejumlah wang untuk membeli katakan 100 gram emas sekali gus membuka akaun pelaburan emasnya di bank terlibat. Tetapi emas tersebut tidak diterima oleh individu tersebut. Bermaksud tiada sebarang bukti pembelian dimeterai. Ini juga jatuh hukum haram dan tidak sah.

 

3.Simpanan emas mencukup

Yang ketiga ialah selain daripada kedua-duanya. Iaitu bank yang menawarkan perkhidmatan pelaburan emas mempunyai simpanan emas di dalam bank dan apabila akaun pelaburan dibuka dengan sejumlah wang telah dibayar untuk sejumlah emas dengan emas itu menyerahkan bukti pembelian, maka hukumnya halal dan sah.

 

4. Membayar secara serta-merta

Selain itu, pelanggan yang ingin membuka akaun pelaburan emas juga perlulah membayar secara serta-merta. Tidak boleh ditangguh. Cek yang mengambil masa sehingga 3 ke 4 hari bekerja juga perlu dielakkan. Bayar secara tunai, kad debit atau kad kredit Islam yang membuat potongan pembayaran secara serta-merta.

 

Risiko dalam pelaburan emas di Malaysia

Untuk terlibat dalam pelaburan emas, pelanggan juga perlu memahami risiko-risiko yang perlu dihadapi.

Risiko-risiko ini perlu dinilai secara wajar sebelum benar-benar membuat keputusan untuk melabur emas.

Antara risikonya ialah:

1. Pelaburan emas ini adalah untuk jangka panjang, bukannya pendek.

Emas ini biasanya dibeli ketika harganya rendah dan disimpan. Harga emas bukanlah sentiasa meningkat, ada pasang surutnya, sebab itu emas tidak sesuai untuk pelaburan jangka pendek sebaliknya untuk jangka panjang. Apabila dirujuk kepada jangka panjang, ia melihat kepada tempoh lebih lima tahun.

 

2. Perlu penjual dan pembeli yang betul

Emas jika mahu dijual semula perlu memastikan prosesnya betul. Seperti yang dijelaskan mengenai haram dan halal pelaburan emas di atas. Itu juga menjadi satu bentuk risiko iaitu hukumnya.

 

3. Scam

Disebabkan populariti emas yang semakin melonjak beberapa tahun kebelakangan ini, wujud beberapa penipuan dalam urusniaga pelaburan emas atau dalam Bahasa mudahnya scam.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk terlibat dalam pelaburan emas. Kaji dulu latar belakang pelaburan emas yang ditawarkan. Jangan sampai tertipu.

 

4. Masalah tempat simpan emas

Jika ada sedikit emas mungkin tidak mendatangkan masalah besar. Tetapi masalah akan timbul jika jumlah emas yang dimiliki banyak. Takkan mahu simpan bawah bantal?

Oleh sebab itu perlu ada tempat penyimpanan khas, sama ada peti besi atau pun simpan di bank tetapi semuanya membabitkan kos. Jadi, fikir betul-betul.

 

Bank yang tawarkan pelaburan emas di Malaysia

Di pasaran ketika ini terdapat beberapa bank yang sememangnya diketahui menawarkan perkhidmatan pelaburan emas. Antara bank-bank tersebut ialah:

Bank Muamalat Gold-i

  • Salah satu jenis simpanan emas berketulenan 99.99 peratus dalam bentuk akaun simpanan.
  • Mendapat pengiktirafan patuh syariah
  • Akaun simpanan boleh dibuka dengan jumlah serendah RM10

 

Kuwait Finance House Gold Account-i

  • Pelaburan emas yang patuh syariah
  • Boleh buka akaun dengan minima 10 gram emas 995.
  • Jika mahu keluarkan dari akaun perlu tinggalkan minimum 2 gram emas.

 

Al-Rajhi Gold-i

  • Patuh syariah
  • Buka akaun dengan pembelian emas minimum 10 gram dan penambahan berikutnya 5 gram.
  • Emas yang diniagakan ialah Pamp Suisse Gold Bar 999.9

 

Public Gold

  • Disifatkan sebagai menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah.
  • Terima apa juga jenis emas yang ingin dijual waima ada kemek pada emas yang mahu dijual.

 

Ar-Rahnu

  • Ada beberapa bank yang menawarkan perkhidmatan pelaburan emas Ar-Rahnu ini iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan juga Pos Malaysia.

 

Akhir kata

Antara bank-bank yang menawarkan perkhidmatan pelaburan emas ini, Public Bank menerusi produk Public Gold dilihat sebagai yang terbaik. Walau bagaimanapun, ini adalah pendapat peribadi kami sahaja.

Banyak faktor diambil kira terutamanya patuh syariah, tiada yuran tahunan dan boleh dikeluarkan minimum 1 gram dengan caj RM10 sahaja.

Tetapi terpulang kepada para pembaca untuk menentukan bank yang paling sesuai dengan anda untuk melabur emas. Public Bank hanyalah cadangan sahaja, lebih-lebih lagi cawangannya banyak di seluruh negara.

Apa yang penting dan perlu dititik beratkan orang ramai ialah daripada aspek hukum pelaburan itu sendiri serta konsep patuh syariah.

Jangan sampai buat pinjaman hanya untuk melabur dalam emas.

Leave a Comment