Duit Cloud (SSM dan SKMM Block Website duitcloud.com)

Merujuk pada pautan ini, pihak SSM dan juga SKMM (yang juga dipanggil MCMC) telah menyekat laman web duitcloud.com. Faktor utama yang menyebabkan laman web Duit Cloud disekat pada 27 September 2019 adalah kerana mereka menjalankan bisnes yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Untuk makluman, laman web yang dikenali dengan Progran Duit Cloud ini hanya menjalankan perniagaan menjual Cakera Padat (CD) yag mempunyai software tertentu yang dikatakan boleh menjana wang.  Siasatan lanjut oleh pihak SSM mendapati bahawa website duitcloud.com langsung tidak pernah berdaftar dengan SSM.

Pihak SSM menasihatkan orang awam agar sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dengan laman web yang menjalankan perniagaan yang tidak berdaftar dengan SSM. Ada juga di kalangan peniaga yang tidak mempunyai nama perniagaan yang sah. Ini sangat-sangat membimbangkan kerana orang awam yang mempercayai bisnes yang tidak berdaftar mungkin berdepan dengan risiko ditipu oleh scammer.

Kes duitcloud.com ini dirujuk di bawah Seksyen 30(2)(b) Akta Syarikat 2016. Akta ini menjelaskan bahawa mana-mana peniaga yag gagal menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada laman web mereka, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mana-mana orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan and mempunyai keraguan berkenaan perniagaan duitcloud.com, anda boleh hubungi pihak SSM.

Pihak SSM boleh dihubungi melalui Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau laman sesawang rasmi di www.ssm.com.my. Walau bagaimanapun, kami sarankan anda hadirkan diri ke mana-mana pejabat SSM yang berdekatan.

Semoga kita semua dilindungi dari scammer yang semakin giat menipu dalam talian. Jangan mudah percaya dengan mana-mana program yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal kerana besar kemungkinan itu adalah salah satu jenis penipuan online.

Ingat, bukan mudah untuk dapatkan balik duit yang ditipu oleh scammer. Maka, berhati-hatilah selalu dalam membuat transaksi dan jangan terlalu mudah percayakan orang lain.

Leave a Comment