Memang ‘masak’ kalau kau kena senarai hitam dengan bank. Apa pun tak boleh buat. Jadi, kalau kau nak pastikan kau kena senarai hitam atau tidak, kau kena check blacklist dengan Bank Negara. Tak perlu susah-susah, boleh buat secara online atau pergi kaunter atau kiosk Bank Negara yang berdekatan.
Content
Cara check blacklist dengan Bank Negara
1. Download statement CCRIS melalui eCCRIS
CCRIS atau Central Credit Reference Information akan merekodkan laporan kredit kau. CCRIS dikendalikan oleh badan kerajaan iaitu Biro Kredit Bank Negara Malaysia di bawah akta Bank Negara Malaysia 1958. Secara amnya, maklumat kredit peminjam seperti kau akan dikumpulkan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia daripada institusi kewangan dan membuat laporan kredit melalui sistem CCRIS.
Untuk buat semakan secara online, kau perlu mendaftar akaun eCCRIS terlebih dahulu. Lepas kau register, kau boleh muat turun dan semak penyata samada kau blacklist atau tidak.
2. Dapatkan penyata CCRIS di kiosk
Kalau kau buta IT, ini cara untuk dapatkan statement CCRIS:
- Pergi ke mesin kiosk yang berdekatan
- Untuk senarai lokasi, boleh rujuk laman web rasmi BNM
- Pilih bahasa yang anda ingin gunakan, sama ada Bahasa Melayu atau English.
- Kemudian, pilih paparan butang Cetak Laporan.
- Masukkan kad pengenalan (MyKad) anda pada slot yang disediakan.
- Seterusnya, tempat untuk scan ibu jari (thumbprint) yang terletak di bawah slot masukkan MyKad akan menyala.
- Scan thumbprint anda.
- Proses semakan mungkin akan mengambil masa selama seminit sebelum ianya dicetak,
- Kemudian, apabila anda mendapat arahan di skrin, keluarkan MyKad anda.
- Tunggu sehingga laporan CCRIS anda dicetak.
- Setelah dicetak, ambil laporan CCRIS anda pada slot Laporan Kredit.
- Selesai
Akhir kata
Aku harap kau tak kena blacklist dengan Bank Negara. Anda kata memang betul-betul kena senarai hitam, kau perlu berusaha untuk bayar hutang-hutang yang ada.
Alternatif yang lain ialah dengan berjumpa konsultan AKPK dan dapatkan khidmat nasihat untuk buat penyatuan hutang.
Aku doakan agar kehidupan kau dan keluarga dipermudahkan.
BETUL2 DALAM KEADAAN TERDESAK YANG TERAMAT SGT HARAP SGT2 DAPAT BANTU SY..