Cara Check Balance Loan Kereta RHB Bank Online (logon.rhb.com.my)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan RHB Bank kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta RHB Bank anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta RHB Bank secara online di RHBNow

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking RHB Bank untuk anda.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari website rasmi RHB online banking RHBNow di sini: https://logon.rhb.com.my/
  2. Halaman utama web akan dipaparkan
  3. Login ke akaun logon.rhb.com.my anda seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sila sahkan Secret Word dengan menekan butang Yes
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Laman utama profil RHBNow akan terpapar
  9. Lihat di bahagian menu yang tertera dan klik Account
  10. Beberapa pilihan akaun RHB akan tersenarai
  11. Klik pada Loans
  12. Baki pinjaman kereta akan dipaparkan
  13. Selesai

 

Check balance loan kereta RHB Bank melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web RHB Bank, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta RHB menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://logon.rhb.com.my

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service RHB Bank

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking RHB Bank ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan RHB Bank untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call pihak no 03-9206 8118 untuk bercakap dengan Customer Care Centre RHB Bank
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab
  3. Perkenalkan diri dan beritahu nak semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambung ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu sekejap
  6. Apabila panggilan berjaya disambungkan, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan sekali lagi
  7. Ikuti permintaan dan arahan seterusnya yang diberikan oleh kakitangan bertugas
  8. Tunggu sekejap untuk permintaan diproses
  9. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  10. Sila catat atau rekod untuk rujukan jika perlu
  11. Selesai

Untuk memudahkan lagi anda buat bajet bulanan, boleh print statement RHB Bank untuk buat pemantauan.

Dengan melakukan perkara ini, anda boleh lihat transaksi keluar masuk dengan RHB Bank.

Hati pun lebih tenang.

 

Kalau tak ada akaun RHB Bank online, boleh semak baki pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan RHB Bank berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai RHB Bank bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet RHB Bank disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch RHB Bank berdekatan
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Dapatkan tempat duduk sementara menunggu nombor giliran tiba
  4. Pergi ke kaunter urusan yang telah dipaparkan
  5. Beritahu tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Beri semua maklumat yang diperlukan oleh kakitangan bertugas
  7. Tunggu sekejap
  8. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  9. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong cetak penyata RHB Bank sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta RHB Bank ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta RHB Bank ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan RHB Bank kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment