Cara Check Balance Loan Kereta Maybank Online (maybank2u.com)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan Maybank kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta Maybank anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta Maybank secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking Maybank untuk anda.

  1. Layari website rasmi Maybank online banking di sini: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Portal Maybank2u akan keluar
  3. Login maybank2u.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Tekan ikon Kunci berwarna kuning
  6. Sila buat pengesahan Security Phrase dengan klik pada butang YES
  7. Masukkan Password
  8. Tekan butang Login
  9. Laman utama akaun akan dipaparkan
  10. Tekan pada menu LOANS
  11. Baki pinjaman kereta Maybank akan terpapar
  12. Selesai

 

Check balance loan kereta Maybank melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web Maybank2u, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta Maybank menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://www.maybank2u.com

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service Maybank

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking Maybank ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan Maybank untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call pihak no Customer Care Maybank di talian 1 300 88 6688
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan dijawab
  3. Perkenalkan diri dan maklumkan tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu sekejap sehingga panggilan berjaya disambungkan
  6. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan sekali lagi
  7. Berikan semua butiran dan maklumat yang diperlukan
  8. Tunggu sekejap untuk permintaan diproses
  9. Baki loan kereta akan diberitahu
  10. Sila catat atau rekod jika perlu
  11. Selesai

 

Kalau tak ada akaun Maybank2u, boleh semak baki pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan Maybank berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai Maybank bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet Maybank disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch Maybank berdekatan
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong
  4. Tunggu sekejap sementara nombor giliran dipanggil
  5. Pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan
  6. Beritahu tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  7. Berikan segala butiran dan maklumat yang diminta
  8. Tunggu sekejap sementara Permintaan akan diproses oleh pegawai bank
  9. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  10. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong print statement Maybank sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta Maybank ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta Maybank ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan Maybank kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment