Cara Check Balance Loan Kereta Hong Leong Bank Online (hongleongconnect.my)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan Hong Leong Bank kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta Hong Leong Bank anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta Hong Leong Bank
secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking Hong Leong Bank untuk anda.

  1. Layari website rasmi Hong Leong Bank online banking di sini: https://s.hongleongconnect.my/
  2. Halaman utama web akan terpapar
  3. Log masuk s.hongleongconnect.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Klik Next
  6. Sila buat pengesahan Security Picture dengan tanda pada kotak Yes, this is my security picture
  7. Masukkan Password
  8. Tekan butang Login
  9. Setelah log masuk, lihat pada laman utama akaun dan tekan menu Pay & Transaction
  10. Tekan Loan / Financing Payment
  11. Tekan Vehicle Loan
  12. Baki pinjaman kereta akan keluar
  13. Selesai

 

Check balance loan kereta Hong Leong Bank melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web Hong Leong Bank, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta Hong Leong menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://hongleongconnect.my

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service Hong Leong Bank

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking Hong Leong Bank ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan Hong Leong Bank untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call pihak no 03-7626 8899 atau 03-7959 1888 untuk bercakap dengan pihak Hong Leong Bank
  2. Tunggu sebentar
  3. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri dan beritahu tujuan adalah untuk semak baki loan kereta
  4. Tunggu sebentar sekali lagi
  5. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkenaan
  6. Apabila panggilan sudah disambung, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan sekali lagi
  7. Berikan semua maklumat dan butiran yang diperlukan oleh pihak bank
  8. Tunggu sekejap sementara permintaan sedang disemak
  9. Maklumat baki loan kereta akan diberikan
  10. Sila catat atau rekod untuk rujukan jika perlu
  11. Selesai

Untuk memudahkan lagi anda buat bajet bulanan, boleh print statement Hong Leong Bank untuk buat pemantauan.

Dengan melakukan perkara ini, anda boleh lihat transaksi keluar masuk dengan Hong Leong Bank.

Hati pun lebih tenang.

 

Kalau tak ada HongLeongConnect, boleh check balance pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan Hong Leong Bank berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai Hong Leong Bank bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet Hong Leong Bank disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch Hong Leong Bank berhampiran
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong sementara menunggu giliran tiba
  4. Apabila nombor sudah dipanggil, pergi ke kaunter urusan yang dinyatakan
  5. Maklumkan tujuan nak cek baki pinjaman kereta
  6. Berikan maklumat atau butiran yang diperlukan oleh kakitangan bertugas
  7. Tunggu sekejap sementara permintaan diproses
  8. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  9. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong cetak penyata Hong Leong Bank sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta Hong Leong Bank ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta Hong Leong Bank ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan Hong Leong Bank kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment