Cara Check Balance Loan Kereta BSN Online (mybsn.com.my)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan BSN kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta BSN anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta BSN secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking BSN
untuk anda.

  1. Layari website rasmi BSN di sini: https://www.mybsn.com.my
  2. Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet BSN
  3. Login mybsn.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sila sahkan Security Image seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Sekiranya tiada masalah login, anda akan masuk ke dalam dashboard BSN online
  9. Klik Account Overview
  10. Akan keluar paparan Account Overview seperti Savings Account, Credit Card, Financing Account, BSN SSP dan lain-lain
  11. Jika ada akaun pinjaman kereta BSN MyAuto, akaun tersebut akan terpapar di Financing Account
  12. Klik akaun car loan BSN tersebut
  13. 

Lihat paparan baki car loan BSN
  14. 

Download dan print jika perlu
  15. Selesai

 

Check balance loan kereta BSN melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web Bank Simpanan Nasional, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta BSN menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://www.mybsn.com.my

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service BSN

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking BSN
ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan BSN untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call pihak BSN di talian 1-300 88 1900
  2. Tunggu sekejap sementara panggilan dijawab
  3. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu sekejap sehingga panggilan berjaya disambungkan
  6. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan sekali lagi
  7. Tunggu sebentar
  8. Permintaan sedang dijalankan
  9. Baki loan kereta akan dimaklumkan
  10. Sila catat atau simpan untuk rujukan jika perlu
  11. Selesai

 

Kalau tak ada akaun BSN online, boleh semak pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan BSN berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai BSN bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet BSN disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch BSN berdekatan
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong sementara menunggu nombor dipanggil
  4. Pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan
  5. Beritahu kepada kakitangan tujuan datang adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Submit semua butiran yang diperlukan
  7. Tunggu sekejap
  8. Permintaan sedang dilaksanakan
  9. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  10. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong print statement BSN sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta BSN ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta BSN
ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan BSN kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment