Cara Check Balance Loan Kereta Bank Rakyat Online (irakyat.com.my)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan Bank Rakyat
kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta Bank Rakyat anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta Bank Rakyat secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking Bank Rakyat untuk anda.

  1. Layari website rasmi Bank Rakyat online banking di sini: https://www.irakyat.com.my/
  2. Laman utama web akan keluar
  3. Tekan butang Login dan pilih Personal Banking
  4. Login irakyat.com.my seperti biasa
  5. Masukkan Username
  6. Tekan butang Login
  7. Sila buat pengesahan Secure Phrase dengan klik pada butang Yes
  8. Masukkan Password
  9. Masukkan Word yang tertera ke dalam ruangan yang disediakan
  10. Tekan butang Login
  11. Jika telah selesai log masuk, tekan menu Account Info
  12. Tekan Account Overview
  13. Tekan Loan & Financing
  14. Maklumat baki pinjaman kereta akan dipaparkan
  15. Selesai

 

Check balance loan kereta Bank Rakyat melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web iRakyat, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta Bank Rakyat menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://www.irakyat.com.my

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service Bank Rakyat

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking Bank Rakyat ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan Bank Rakyat untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call pihak no 1-300 80 5454 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Bank Rakyat
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan diangkat
  3. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan untuk semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu sekejap
  6. Panggilan akan dijawab
  7. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan sekali lagi
  8. Berikan apa-apa maklumat dan butiran yang diminta
  9. Tunggu sekejap
  10. Permintaan akan diproses oleh pegawai bank
  11. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  12. Sila catat atau rekod jika perlu
  13. Selesai

 

Kalau tak ada akaun iRakyat online, boleh semak pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan Bank Rakyat berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai Bank Rakyat bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet Bank Rakyat disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch Bank Rakyat berdekatan
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong
  4. Tunggu sekejap sementara nombor dipanggil
  5. Pergi ke kaunter urusan yang telah tertera
  6. Beritahu tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  7. Berikan semua butiran atau maklumat yang diminta
  8. Tunggu sekejap
  9. Permintaan sedang dijalankan
  10. Maklumat baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  11. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong print statement Bank Rakyat sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta Bank Rakyat ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta Bank Rakyat ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan Bank Rakyat kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment