Cara Check Balance Loan Kereta Bank Muamalat Online (i-muamalat.com.my)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan Bank Muamalat kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta Bank Muamalat anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta Bank Muamalat
secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking Bank Muamalat untuk anda.

  1. Layari website rasmi Bank Muamalat online banking di sini: https://www.i-muamalat.com.my/
  2. Laman utama web akan keluar
  3. Log masuk i-muamalat.com.my seperti biasa
  4. Penuhkan ruang Username
  5. Klik butang Next
  6. Sila sahkan Chosen Image
  7. Penuhkan Password
  8. Klik butang Login
  9. Jika sudah berjaya masuk, klik menu Payments
  10. Klik Other Payments
  11. Baki pinjaman kereta akan tertera
  12. Selesai

 

Check balance loan kereta Bank Muamalat melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web Bank Muamalat, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta Bank Muamalat menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://i-muamalat.com.my

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service Bank Muamalat

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking Bank Muamalat ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan Bank Muamalat untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call Customer Care Bank Muamalat di talian 03-2600 5500
  2. Tunggu sebentar sehingga panggilan dijawab
  3. Beritahu nama dan tujuan adalah untuk check baki pinjaman kereta
  4. Tunggu sebentar
  5. Panggilan sedang disambungkan ke bahagian berkenaan
  6. Jika panggilan sudah dijawab, beritahu nama dan tujuan sekali lagi
  7. Serahkan semua butiran dan maklumat yang diperlukan
  8. Tunggu sekejap
  9. Permintaan akan diproses oleh pegawai bank
  10. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  11. Selesai

 

Kalau tak ada akaun Bank Muamalat online, boleh semak baki pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan Bank Muamalat berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai Bank Muamalat bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet Bank Muamalat disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch Bank Muamalat berhampiran
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong
  4. Tunggu sekejap
  5. Apabila nombor giliran sudah dipanggil, pergi ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan
  6. Beritahu tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  7. Berikan apa-apa maklumat dan butiran yang diminta
  8. Tunggu sekejap
  9. Permintaan sedang dilaksanakan
  10. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  11. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong print statement Bank Muamalat sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta Bank Muamalat ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta Bank Muamalat ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan Bank Muamalat kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment