Cara Check Balance Loan Kereta Bank Islam Online (bankislam.biz)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan Bank Islam
kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta Bank Islam anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta Bank Islam
secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking Bank Islam untuk anda.

  1. Layari website rasmi Bank Islam online banking di sini: https://www.bankislam.biz/
  2. Halaman utama web akan dipaparkan
  3. Tekan butang INTERNET BANKING LOGIN
  4. Login bankislam.biz seperti biasa
  5. Masukkan USER ID
  6. Tekan butang LOGIN
  7. Sila buat pengesahan Private Image dan Private Word
  8. Tekan butang Yes
  9. Masukkan Password
  10. Tekan butang Login
  11. Laman profil akan keluar
  12. Tekan menu Payments / Services
  13. Tekan Financing
  14. Pilih Financing Account
  15. Klik Submit
  16. Baki loan kereta Bank Islam akan terpapar
  17. Selesai

 

Check balance loan kereta Bank Islam melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web Bank Islam, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta Bank Islam menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://bankislam.biz

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service Bank Islam

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking Bank Islam ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call Contact Centre Bank Islam di talian 03-26 900 900
  2. Tunggu sekejap sementara panggilan diangkat
  3. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu sebentar
  6. Setelah panggilan berjaya disambung, perkenalkan diri dan beritahu tujuan sekali lagi
  7. Berikan segala butiran yang diperlukan
  8. Tunggu sekejap
  9. Permintaan akan diproses oleh pegawai bank
  10. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  11. Sila catat atau simpan jika perlu
  12. Selesai

 

Kalau tak ada akaun Bank Islam online, boleh semak baki pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan Bank Islam berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai Bank Islam bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet Bank Islam disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch Bank Islam berhampiran
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong sementara menunggu giliran
  4. Pergi ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan
  5. Beritahu tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Serahkan semua maklumat dan butiran yang diminta
  7. Tunggu sekejap
  8. Permintaan sedang dijalankan
  9. Maklumat Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  10. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong cetak penyata atau print statement Bank Islam sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta Bank Islam ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta Bank Islam ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan Bank Islam kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment