Cara Check Balance Loan Kereta Affin Bank Online (affinalways.com)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan Affin Bank
kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta Affin Bank anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta Affin Bank
secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking Affin Bank untuk anda.

  1. Pergi ke website Affin Bank online banking di sini: https://rib.affinalways.com/
  2. Halaman utama web akan tertera
  3. Log masuk rib.affinalways.com seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Tekan butang Login
  6. Sila sahkan Secure Word
  7. Masukkan Password
  8. Tekan butang Login
  9. Halaman utama akaun akan dipaparkan
  10. Klik pada menu My Accounts
  11. Klik Loan / Financing
  12. Baki pinjaman kereta akan keluar
  13. Selesai

 

Check balance loan kereta Affin Bank melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web AffinAlways, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta Affin Bank menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://www.affinalways.com

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service Affin Bank

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking Affin Bank ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan Affin Bank untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call no 03-2055 9000 untuk bercakap dengan pihak Affin Bank
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan dijawab
  3. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkenaan
  5. Tunggu sekejap sehingga panggilan berjaya disambungkan
  6. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan sekali lagi
  7. Berikan apa-apa maklumat yang diminta
  8. Tunggu sekejap
  9. Permintaan akan diproses oleh pegawai bank
  10. Baki loan kereta akan dimaklumkan
  11. Sila catat dan rekod untuk rujukan jika perlu
  12. Selesai

 

Kalau tak ada akaun AffinAlways, boleh semak baki pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan Affin Bank berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai Affin Bank bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet Affin Bank disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch Affin Bank berhampiran
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Dapatkan tempat duduk untuk menunggu giliran dipanggil
  4. Terus ke kaunter urusan yang telah dinyatakan
  5. Maklumkan tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  6. Berikan semua butiran dan maklumat yang diminta
  7. Tunggu sekejap
  8. Permintaan sedang dilaksanakan
  9. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  10. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong print statement Affin Bank sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta Affin Bank ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta Affin Bank ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan Affin Bank kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment