Pinjaman Peribadi Parkson Credit 2022 (Nak Beli Motor Pun Boleh)

Sebenarnya masih ramai lagi yang tidak familiar dengan nama Parkson Credit ini apatah lagi tahu mengenai kewujudan pinjaman peribadi Parkson Credit itu sendiri. Pada kebiasaannya, kita hanya dengar pinjaman Aeon Kredit, CIMB, Maybank, Bank Rakyat dan lain-lain lagi yang popular. Tetapi, kini anda anda satu lagi pilihan yang lain.

Khas buat anda yang perlukan pinjaman wang untuk nak beli motor, pergi melancong, buat majlis akad nikah dan seumpamanya. Apa kata anda cuba mohon pinjaman peribadi Parkson Credit yang mampu memenuhi keperluan peribadi anda.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai pelan pinjaman peribadi ini. Teruskan membaca artikel kami.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Parkson Credit

Berikut merupakan senarai pinjaman peribadi Parkson Credit yang ada.

1. Pinjaman peribadi Parkson Credit IDEAL-HP

Tahukah anda? Pinjaman peribadi ini adalah disediakan untuk pembelian motosikal melalui Skim Sewa Beli yang berlandaskan prinsip Al-Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB). Terdapat beberapa ciri mengenai pelan ini, salah satu darinya adalah anda perlu menyediakan bayaran muka bermula dari 25%.

Selain itu, anda akan diberikan kadar keuntungan sehingga mencecah 10% setahun dengan tempoh pinjaman secara ansuran sehingga 4 tahun iaitu bersamaan 48 bulan. Melalui pinjaman ini, anda tidak akan dikenakan sebarang caj tersembunyi dan anda tidak perlu tunggu lama untuk menerima keputusan kelulusan kerana ia akan diproses dalam kadar segera.

Pinjaman ini adalah sesuai untuk semua sektor pekerjaan yang ada di Malaysia kerana ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman ini termasuklah bagi anda yang bekerja sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 Sehingga 10% setahun

Tempoh pinjaman

Maksimum 4 tahun (48 bulan)

Jumlah pinjaman

Sektor pekerjaan

  • Semua sektor pekerjaan di Malaysia
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja
  • Menerima pendapatan bulanan

Tempoh kelulusan

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang membolehkan anda untuk layak memohon:

  • Bekerja.
  • Menerima pendapatan bulanan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai perniagaan atau syarikat yang telah berdaftar di SSM.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Penyata gaji 1 bulan terkini.
  • Penyata KWSP (jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat SSM (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi IDEAL-HP?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik menggunakan beberapa kaedah seperti bayar secara tunai di mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Parkson atau menggunakan perkhidmatan terminal layan diri seperti mesin ATM/CDM.

Anda juga boleh membuat pembayaran melalui internet pada bila-bila masa dan di mana jua.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk cuba memohon pinjaman peribadi Parkson Credit ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Parkson atau mohon secara online melalui laman web rasmi Parkson.

 

2. Pinjaman peribadi Parkson Credit IDEAL-CS

Pelan ini adalah pelan khas yang diperuntukkan untuk anda yang ingin membeli produk atau keperluan peribadi anda seperti mesin basuh, dapur memasak dan seumpamanya. Selain itu, pelan ini menggunakan skim Jualan Kredit yang bersifat islamik dan berlandaskan syariah.

Untuk pengetahuan anda, anda akan diberikan tempoh masa untuk membuat keputusan terlebih dahulu sebelum menetapkan perjanjian anda dalam masa 10 hari. Menarik bukan? Tambahan lagi, kadar keuntungan adalah sehingga maksimum 15% setahun dengan tempoh pinjaman secara ansuran sehingga 3 tahun.

Anda tidak perlu risau kerana anda hanya dikenakan yuran pemprosesan maksimum sebanyak RM47.10 sahaja bagi setiap permohonan tanpa caj tersembunyi. Di samping itu, pelan permohonan ini terbuka kepada semua sektor pekerjaan yang memerlukan termasuk yang bekerja sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Maksimum 15% setahun

Tempoh pinjaman

Sehingga 3 tahun

Jumlah pinjaman

Sektor pekerjaan

  • Terbuka kepada semua sektor pekerjaan
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja
  • Menerima pendapatan bulanan

Tempoh kelulusan

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon:

  • Warganegara Malaysia.
  • Menerima pendapatan bulanan.
  • Bekerja.
  • Mempunyai perniagaan atau syarikat yang telah berdaftar di SSM.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang perlu disediakan untuk melengkapkan permohonan ini adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Penyata gaji 1 bulan terkini.
  • Penyata KWSP (jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat SSM (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Parkson Credit IDEAL-CS?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini menggunakan kaedah seperti bayaran tunai di kaunter kedai Parkson, menggunakan perkhidmatan terminal ATM/CDM atau melalui pembayaran internet.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk cuba memohon pinjaman peribadi Parkson Credit ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Parkson atau mohon secara online melalui laman web rasmi Parkson.

 

3. Pinjaman peribadi IDEAL-CASH

Untuk anda yang memerlukan duit untuk kegunaan peribadi seperti pengajian, percutian, pembaikan kenderaan, bil perubatan dan lain-lain. Pelan pinjaman Parkson Credit ini adalah sesuai untuk anda mohon. Daripada pinjaman ini, anda akan menerima kadar keuntungan bermula dari 12% setahun dengan pembayaran ansuran bulanan dari minimum RM52.00.

Selain itu, anda boleh membuat pinjaman wang minimum RM100.00 sehingga maksimum RM10,000. Tempoh pinjaman pula adalah di antara 1 tahun sehingga 3 tahun. Tambahan lagi, pelan ini adalah terbuka kepada semua jenis sektor pekerjaan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 Bermula dari 12% setahun

Tempoh pinjaman

Di antara 1 tahun hingga 3 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM100.00 hingga maksimum RM10,000

Sektor pekerjaan

Terbuka kepada semua jenis sektor pekerjaan

Kelayakan

Tempoh kelulusan

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut melalui maklumat tambahan di bawah.

PERHATIAN

  • Kami tidak dapat mengemukakan sebarang syarat dan kelayakan, dokumen diperlukan dan jadual pembayaran balik bulanan untuk pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Parkson Credit ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh terus hadirkan diri di mana-mana cawangan atau Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Parkson.

Anda juga boleh mohon secara atas talian di laman web utama Parkson.

 

Akhir kalam

Ini sahaja pelan pinjaman peribadi Parkson Credit yang dapat kami senaraikan untuk anda. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mungkin sedang buntu dan memerlukan bantuan kewangan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment