Pinjaman Peribadi OCBC Bank 2023 (Personal Loan)

Nama OCBC Bank mungkin tidak biasa diketahui oleh sesetengah orang terutamanya bagi mereka yang tidak pernah berurusan dengan bank ini. Namun begitu, anda harus tahu tentang kewujudan pinjaman peribadi OCBC Bank yang disediakan untuk mereka yang berkelayakan.

Walaupun bukan semua orang perlu buat pinjaman peribadi. Tetapi, masih ramai lagi yang memerlukan bantuan kewangan dalam jumlah yang banyak untuk tujuan-tujuan tertentu. Jika anda adalah orang yang ingin buat personal loan melalui bank ini. Anda telah berada di tempat yang betul.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi OCBC Bank

Berikut merupakan jenis pelan pinjaman yang disediakan.

Pinjaman peribadi OCBC Bank Al-Amin

Anda perlukan bantuan pinjaman wang untuk pergi bercuti? Atau anda nak lanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Jika ya. Pelan pinjaman ini mungkin sesuai untuk anda mohon. Lagipun anda tidak perlu bimbang kerana pinjaman ini adalah tidak bercagar dan tidak memerlukan penjamin.

Pinjaman ini menyediakan jumlah pinjaman minimum RM6,000 sehingga mencecah RM250,000. Melalui pinjaman ini, anda akan diberikan tempoh pinjaman di antara 2 tahun sehingga 10 tahun dengan kadar keuntungan dari 6.99% sehingga 17.99% setahun.

Selain itu, kadar bayaran bagi bulanan adalah serendah RM100.00 berdasarkan jumlah pinjaman. Walau bagaimanapun, setiap kelulusan permohonan yang diterima adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak OCBC Bank.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 6.99% sehingga 17.99% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun sehingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM6,000 sehingga RM250,000

Sektor pekerjaan

Terbuka kepada semua sektor pekerjaan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Maksimum berumur 55 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM5,000

Tempoh kelulusan

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui dengan lebih lanjut melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Penduduk tetap Malaysia.
  • Maksimum umur sehingga 55 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM5,000.

 

Dokumen diperlukan

PERHATIAN

  • Sebarang perubahan atau pertambahan dokumen yang diperlukan adalah tertaluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak OBCB Bank.

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan bukti atau dokumen penduduk tetap Malaysia.
  • Salinan slip gaji 3 atau 6 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank terkini.
  • Salinan KWSP terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi OCBC Bank Al-Amin?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pelan pinjaman ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan mengunjungi mana-mana cawangan OCBC Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh mohon secara online melalui laman web rasmi OCBC Bank.

 

PERHATIAN

  • Maklumat di bawah adalah sekadar selingan atau informasi tambahan mengenai pinjaman peribadi OCBC Bank untuk dikongsikan kepada anda. Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut dan terperinci. Sila rujuk halaman ini atau terus melayari laman web OCBC Bank di pautan ini OCBC Al-Amin atau di sini https://www.ocbc.com.my.

 

Pinjaman Islamik OCBC Al-Amin

1. Pinjaman peribadi OCBC Bank Idaman-i

Pelan pinjaman ini adalah kemudahan pinjaman yang ditawarkan untuk pembelian hartanah kediaman dengan tujuan untuk pemilikan kediaman atau pembiayaan semula daripada pembiaya sedia ada. Pinjaman ini menggunakan konsep syariah Ijarah Muntahiah bi Al-Tamlik (sewa yang diakhiri dengan pindahan hak milik).

Selain itu, pinjaman ini terbuka kepada mereka yang berumur maksimum 35 tahun atau sehingga 70 tahun tertakluk kepada terma dan syarat. Salah satu kelebihan pelan ini adalah kadar yang kompetitif bergantung kepada Kadar Asas.

Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

2. Pinjaman peribadi OCBC Bank Impian-i

Pelan ini dicipta sebagai penyelesaian pembiayaan rumah yang mudah dan sempurna untuk mereka yang mahukan lebih lagi. Pinjaman ini diberikan kepada had umur maksimum sehingga 35 tahun atau 70 tahun tertakluk kepada terma dan syarat. 

Di samping itu, salah satu kelebihan yang diperolehi daripada pinjaman ini adalah 100% duti setem diketepikan untuk pembiayaan semula daripada Pinjaman Perumahan Konvensional kepada Manarat Home-i, mengikut perintah pelepasan duti setem yang berkaitan.

Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

3. Pinjaman peribadi Warisan-i

Pelan ini adalah untuk pembiayaan rumah yang memberi anda peluang untuk memanfaatkan rumah anda, sambil anda membina keluarga, menyambung warisan dan keturunan anda. Selain itu, pinjaman adalah ditawarkan kepada had umur maksimum 35 tahun atau sehingga 70 tahun tertakluk kepada terma dan syarat.

Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Akhir kata

Sekian sahaja informasi mengenai pinjaman peribadi OCBC Bank yang dapat kami bentangkan kepada anda. Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh terus menghubungi talian khidmat pelanggan pihak OCBC Bank. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan kewangan anda dalam apa jua keadaan.

Oh ya! Jangan lupa untuk semak pinjaman pencen pesara jika anda adalah seorang pesara yang nak buat personal loan. Manalah tahu kalau-kalau anda memang memerlukan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment