eBaki MARA (Semak Baki Pinjaman MARA Online)

Kepada para siswazah yang ingin membuat semakan baki pinjaman MARA. Anda boleh melakukannya secara online melalui eBaki MARA.

Sedikit makluman untuk anda, eBaki MARA adalah sistem yang telah diperkenalkan oleh MARA bertujuan untuk memudahkan mana-mana pelajar atau individu berkenaan untuk membuat pertanyaan baki, penyata pinjaman, kemudahan lain dan biasiswa MARA.

Ini adalah serba sedikit penerangan kami mengenai sistem eBaki MARA bagi anda yang memerlukan pencerahan.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak eBaki MARA

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan baki pinjaman anda melalui halaman eBaki MARA:

  1. Sila layari laman web di sini https://www.apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama eBaki MARA.
  3. Sila masukkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan.
  4. Masukkan ID Pengguna (No.Kad Pengenalan).
  5. Masukkan Kata Laluan.
  6. Tekan HANTAR.
  7. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan dapat mengakses ke dalam sistem.
  8. Selesai.

PERHATIAN

  • Kemudahan hak masuk kepada halaman web MARA ini adalah dihadkan kepada pengguna yang ada kemudahan MARA sahaja.
  • Kemudahan ini membolehkan pengguna menyemak baki tahun semasa dan sebelumnya.
  • Pastikan anda telah mendaftar dengan sistem eBaki MARA terlebih dahulu untuk mengakses maklumat dan mendapatkan kata laluan.

 

2. Cara daftar eBaki MARA

Ikuti cara daftar di bawah:

  1. Layari website eBaki MARA di sini https://www.apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
  2. Halaman utama eBaki akan terpapar.
  3. Pada ruangan akses, sila klik Pengguna Baru.
  4. Anda akan dibawa ke laman PENGGUNA BARU.
  5. Sila isikan NO.KAD PENGENALAN (BARU).
  6. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN (LAMA) jika ada.
  7. Tekan Cari.
  8. Selesai.

 

3. Di manakah boleh membuat bayaran pinjaman MARA?

Jika anda sudah mengetahui baki pinjaman anda. Anda boleh terus melayari halaman MARAeps di sini https://www.bayar.maraeps.my untuk membuat pembayaran pinjaman.

 

4. Boleh atau tidak untuk mohon E moratorium MARA?

Ya.

Anda boleh memohon E moratorium untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan untuk membuat pembayaran semula.

Bagi urusan permohonan E moratorium, anda boleh melayari laman web di sini https://www.emoratorium.mara.gov.my dan pastikan pastikan anda menepati syarat-syarat permohonan.

 

5. Ada soalan lain untuk diajukan tentang pinjaman pelajaran MARA?

Sekiranya anda mempunyai soalan lain dan inginkan jawapan yang lebih jelas. Anda boleh merujuk soalan lazim di FAQ mengenai perkara yang berkaitan pinjaman MARA.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan panduan kepada anda yang ingin tahu mengenai eBaki MARA. Zaman sekarang nak semak baki atau bayar hutang pun sudah boleh dibuat online.

Selamat mencuba.

Sekadar berkongsi, MARA bukan sahaja memberikan pinjaman pelajaran tetapi turut menyediakan pinjaman MARA untuk perniagaan bagi membantu mereka yang ingin berniaga khususnya buat peniaga kecil.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment