Kalau kau tengah baca ini, aku tahu kau nak tahu samada berbaloi atau tidak beli motor loan kedai. Biasanya, kedai motor tauke Cina memang ada bagi pinjaman. Jadi, tak perlu sampai buat pinjaman peribadi dengan bank semata-mata nak beli motor.
Content
Siapa yang sesuai beli motor loan kedai?
Tak semua golongan sesuai untuk beli motor loan dengan kedai. Pada aku, yang paling sesuai ialah orang yang kerja biasa-biasa dan tidak ada slip gaji. Antara lain ialah pekerja ride-hailing seperti Grab, foodpanda, Lalamove dan macam-macam lagi jenis rider yang ada di Malaysia.
Ini pun sebenarnya bergantung kepada tauke kedai motor juga. Ada yang dia luluskan dan ada yang tidak. Senang cerita, kau baik macam mana sekalipun dengan tauke kedai, kalau kau punya kewangan tak kukuh, dia tak akan bagi loan kedai.
Ada beberapa kriteria yang orang kedai motor tengok. Ada tak ada senarai itu. Nanti aku call kawan Cina aku yang jaga kedai motor di Shah Alam. Kalau aku dapat informasi dari dia, aku kongsi sini.
Apa kebaikan beli motor loan kedai?
Seperti yang dinyatakan tadi, cara sebegini sesuai dengan orang yang tak ada payslip ataupun slip gaji. Kurang sedikit kau punya sakit kepala nak sediakan dokumen itu ini.
Selalunya, proses beli motor dengan kedai yang ada pinjaman ini mudah. Tak mengarut macam buat pinjaman dengan institusi kewangan yang lain.
Apa keburukan kalau beli motorsikal dan loan dengan kedai?
Kelemahan terbesar ialah kadar bunga atau interest yang tinggi. Mungkin lebih tinggi daripada interest pinjaman dengan bank. Ia jadi begini sebab kedai motor pun tahu, kau tak akan lulus kalau buat pinjaman bank. Maka, owner kedai motor akan ambil peluang untuk tekan kau.
Bertabahlah. Dalam keburukan, ada kebaikannya juga. Kalau tidak, sampai bila-bila pun kau tak ada motor sendiri.
Paling baik, beli motor bayar cash
Kalau motor kapcai biasa-biasa, selalunya harga tak sampai pun RM10,000. Kalau kau ada simpan duit lebih dan mampu untuk beli secara tunai, lebih baik bayar lumpsum. Bunga pun tak ada. Terus jadi milik kita 100%. Geran ada, hati pun gembira. Nak jugal balik pun senang.
Akhir kata
Pastikan kau cari kerja yang stabil dan gaji dibayar penuh setiap bulan. Kalau jenis kerja bayar gaji hari atau gaji minggu, susah sikit untuk kau beli motor loan kedai. Bukan tak boleh, cuma nak menyimpan itu agak susah.
Pandai-pandailah corakkan kehidupan kau. Kau pun tahu, motor penting untuk kau bergerak ke sana dan ke sini. Biarlah susah-susah dahulu sekarang. Aku yakin, satu hari nanti bukan motor sahaja kau boleh beli, kereta Honda pun kau mampu.
Insya Allah.
Nk bli mtr x slip gji x lesen deposit RM500 mcm tu byar ada motor sy nak sy dok taiping perak kedah pun da kdai boleh no sy wshsp 01114454101, blh cl nma sya sakti
saya duduk penang saya nak beli motor xda slip gaji dan lesen
SY AZHARUDDIN B.BIDIN TINGGAL DI AYER TAWAR PERAK INGIN MEMBELI MOTOR TAPI TIDAK ADA PAYSLIP JADI BOLEH KE TIDAK.
Beli motor baru
Saya nak beli motor.saya duduk area nilai negeri sembilan. No tel saya.0143444515
Sy nk beli moto sudah tk Ade moto nk bekeja
Nk beli moto sudah tk Ade moto nk bekeja
Nak swap motor nk ambik motor baru
Tapi nak cash rm 500
Xda payslip rider panda
Motor sym ebonus 2014
Kalau boleh tolong maklum secepatnya
Lokasi ipoh kuala kangsar perak kedah penang pun boleh je datang